This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday, August 6, 2010

Cuti Sebulan Sempena Ramadhan

He is going on Leave - for 1 Month Pesan nya: “Selamat tinggal kengkawan...jangan sedih.. aku cuti sebulan jer...” TAPI Ingat KENGKAWAN semua!!! pandai-pandai bawak diri yang selama ini dalam godaan nya!!!………………………… Maaf Zahir Batin..……………..Selamat menyambut Ramadhan...Berwaspada kerana akan berjumpa dia lagi di bulan Syawal....…………………….Ambil kesempatan ini untuk: Selamat Beramal!!! Jangan lupa !!! Solat Tarawikh Bertadarus dan Mengeluarkan Zakat Semoga hidup kita diberkati ALLAH sehingga bertemu RAMADHAN yang MENDATANG...

Wednesday, August 4, 2010

Ruangan berniaga : Tempahan Untuk Hari Raya Aidilfitri

Pelbagai jenis kuih untuk tempahan sempena hari raya. Harga RM 24.00 bagi 50 biji bagi untuk semua kuih. Semua tempahan boleh berhubung dengan :-********** Ain 0139254345 ***********************Tarikh tutup tempahan : akan dimaklumkan kelak(Penghantaran percuma di sekitar bandar kuantan - 5km)(Penghantaran di luar bandar kuantan tidak termasuk kos pengantaran)Hubungi segera untuk tempah...

Friday, July 9, 2010

Dosa Berulam Pahala

Sesungguhnya saya gusar malam ini. Saya telah menerima email dari seorang muslimah dan saya menggunakan istilah muslimah untuk mengistilahkan dirinya di alam realiti.Namun masalah yang muslimah ini hadapi menjadikan saya sugul.Percaya atau tidak, kes sepertinya sudah amat banyak yang sampai kepada email saya secara anonimus. Supaya warga kampus bangun mencelikkan mata, saya perturunkan salinan email jawapan saya kepada muslimah tersebut (secara anonimus), untuk muhasabah pembaca sekalian.Kepada Allah juga saya mohon petunjuk dan perlindungan…Assalamualaikum WBT.Terdiam ustaz membaca email ukhti.Kerana ini adalah email yang entah ke berapa menceritakan...

Tuesday, June 15, 2010

Hijrah Membentuk Keluarga Bahagia

Hijrah di dalam episod Nabi Muhammad S.A.W dan kaum muslimin bukan sahaja membuka jalan kepada perkembangan Islam dan mendekatkan diri kepada Allah, tetapi juga memberi satu perkembangan baru dalam hubungan sesama manusia. Berdasarkan dakwah islamiah ini, dapatlah diambil satu pengajaran iaitu dalam membentuk keluarga islam yang cemerlang, langkah pertama yang perlu adalah memeperkuatkan akidah dan keimanan terutama dalam melayari rumahtangga.Firman Allah : "Dan Allah menjadikan bagimu rumah-rumahmu sebagai tempat tinggal (mendapat ketenangan di dalamnya)". - Surah An-Nahl ayat 80.Islam telah menggariskan satu panduan hidup yang lengkap bagi...

Monday, May 24, 2010

10 Ikatan Untuk Membina Keluarga Bahagia

Pelbagai petua, nasihat kita boleh dapati dalam internet, tidak kiralah sebanyak manapun, seikat, sekati, selambak petua, tips jika disajikan pada kita. namun kita sekadar membacanya dan sekadar ingin tahu sahaja terus untuk apakah tujuan ilmu itu dicari? Bukankah ianya akan menjadi lebih manfaat dan baik sekiranya kita mengaplikasikan ilmu tersebut di dalam menggemudi rumahtangga. Ilmu yang baik elok di manfaatkan selalu. manakala ilmu yang kurang baik dijadikan pengajaran atau sempadan bagi kita.Harmonis contohnya adalah perpaduan dari pelbagai warna karakter yang membentuk kekuatan sesebuah benda. Perpaduan inilah yang menjadikan warna apa...

Rahsia Kebahagiaan Rumahtangga

"Jangan tunduk kepada hawa nafsu, jika kamu tunduk kepadanya, ia akan mempengaruhi kamu supaya membuat maksiat dan dosa. Dan dunia ini mencari hidup berakhlak, tetapi kamu carilah hidup ketuhanan, itu lebih baik. Walaupun sedikit kamu mendapat hidup ketuhanan itu, maka ianya lebih baik dari semua amalan yang dilakukan oleh manusia dan malaikat dan Ingat...!! Selagi seseorang itu di dalam kesedaran pancainderanya, jangan sekali-kali menyebut Ana Al-Haq "Akulah yang benar" atau "Akulah tuhan", samaada lisan mahupun di dalam hati. Kerana selagi ia manusia, ia bukanlah tuhan. Jika ia menyebut perkataan itu, maka ia adalah palsu dan bid'ah" - Abu...

Mengeratkan Kasih Sayang Suami Isteri

Jangan selalu dikelirukan apabila seorang wanita disebut sebagai isteri, bukanlah untuk merendahkan taraf wanita itu. Ia adalah sebagai suatu jaminan hak supaya mereka itu dipelihara, dilindungi dan dibela dengan baik oleh seorang suami.Di dalam kehidupan rumahtangga, suami adalah tingkatan ketiga mulia setelah Allah dan rasul. Mengapa suami diletakkan ditempat yang begitu mulia ?. Jika dikaji dari sudut lahiriah sekalipun, seseorang yang bergelar "lelaki" itu memang mempunyai tanggungjawab yang berat dan besar. Selain menanggung nafkah, lelaki yang bergelar suami ini adalah jambatan untuk isteri mendapatkan redha Allah. Tanggungjawab sebagai...

Tuesday, May 18, 2010

Panduan Ke Arah Isteri Teladan

Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Umar .a., Rasulullah sallallahualaihi-wasallam bersabda : “Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan yang solehah.”Dalam sebuah hadis yang Rasulullah sallallahualaihiwasallam bersabda: “Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?” Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya diaakan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya.” (hari:Ibnu Majah)Isteri yang solehah itu selalu memerhatikan...

Thursday, May 13, 2010

Kasih Abang

Kekadang Allah menyempitkan hidup kitaSupaya kita tak hanyut dalam kesenanganKekadang Dia melapangkan dan memberi kesenanganSupaya kita tak selalu dipagut kesempitanKekadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanyaSupaya tidak bergantung kepada sesuatu selain dari-Nya!Gunakan lah kesenangan yang diberikan kepada kamu kejalan yang diredhai-N...

Tuesday, May 11, 2010

Iktibar : Balasan Untuk Isteri Solehah

Oleh NUR HIDAYAHPada satu hari, Rasulullah S.A.W. menjenguk Fatimah yang sedang menggiling tepung. Rasulullah hairan kerana ketika itu baginda melihat anaknya itu menangis lalu bertanyakan sebabnya. Kepada baginda, Fatimah mengaku dirinya menangis kerana kesibukan tugasnya sebagai seorang suri rumah. Oleh itu, Fatimah memberitahu ayahnya bahawa dia ingin memiliki seorang pembantu bagi menolongnya melaksanakan kerja di rumah.Mendengar kata-kata dan permintaan anaknya itu, Rasulullah berkata, "Sesungguhnya Allah ingin mencatatkan kebaikan, menghapuskan keburukan dan mengangkat darjatmu jika engkau menunaikan tugas-tugas seharianmu sebagai seorang...

Monday, May 10, 2010

Seungkap Kisah

Bagaimana andai selepas bertunang setelah sekian lama, dia tidak suka lagi pada kita? Suka pada orang lain”, soal Kak Raiha tiba-tiba.“Jangankan semasa bertunang kak. Orang berkahwin pun boleh pudar cintanya”.“Betul juga”.Persoalan tergantung. Tidak berjawab.Masing-masing diam. Mata memandang ke tingkap merenung titisan hujan yang lebat.Aksesori Cinta“Sememangnya rasa suka yang memutikkan cinta itu perlu. Namun, cinta sahaja tidak menjamin”, Kak Raiha memecahkan kesunyian.“Maksud akak?”.“Cinta perlukan aksesori sampingan. Rasa cinta perlu hadir dengan rasa tanggungjawab”.“Aksesori lain ialah kepercayaan”, tambah Kak Raiha lagi.Saya semakin mengerti...

Bila Hati Sudah Mati

Kisah benar utk dijadikan renungan terutama bg lelaki. Setiap yg Allah S.W.T kurniakan tak kira sempurna atau tidak pada pandangan mata kita, ia adalah anugerah, amanah yg tak terhingga nilainya. Isteri dan anak utk disayang sampai bila-bila, bukan untuk dibuang bila dah "tak berguna"..Ini cerita pasal rakan baik saya. Wife dia kena barah buah dada....dia dah mula cari spare tayar, dapat lak student ipta..muda lagi. wife dia kena buang sebelah buah ada...kawan saya ni dah geli utk bersama dengan wife nya.Bulan 12 tahun lepas kawan saya kahwin dengan 2nd wife dia yg baru umur 21 tahun.Masa cuti thaipusam hari tu, kawan saya bawa wife no.2 tinggal...

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah

Siti Nur Bahyah berkata, P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang...

Orang Ikhlas itu Tertindas ?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, tidak kira kebaikan itu dia antara keluarga, suami isteri, kawan-kawan hakikatnya kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.“Mengapa?” balas saya.“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya...

Pages 81234 »

Permata Hati

Permata Hati

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More