This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, April 29, 2010

Ciri-ciri Isteri Solehah


Setiap wanita yang bergelar isteri mengimpikan menjadi seorang isteri yang solehah. Isteri yang baik akan mudah melahirkan rumahtangga yang bahagia dan begitu juga bagi isteri yang tidak memahami akan tanggungjawabnya sudah pasti akan lahirlah rumahtangga yang kucar-kacir.

Rumahtangga yang bahagia lahirnya daripada isteri yang soleh, jiran yang baik dan kawan yang sentiasa mengingatkan dosa pahala dan mengajak ke arah kebaikan. Wanita juga adalah penentu buruk baik sesebuah masyarakat. Masyarakat yang baik lahir dari rumahtangga dan keluarga yang bahagia.

Sifat yang telah dianugerahkan Allah kepada wanita dengan kehalusan yang amat bersesuian sekali sebagai pengasuh, pendidik anak-anak, pembimbing dan juga penghibur hati suami. Daripada sifat ini, jika dididik dan diasuh serta dihalusi hatinya sejak awal lagi agar kematangan dan tingkah laku yang mulia sebagai persiapan menjadi seorang isteri yang solehah, hasilnya sudah pasti.

Sesebuah rumahtangga perlulah memenuhi tanggungjawab yang digariskan dalam tuntutan Islam. Tanggungjawab yang perlu benar-benar difahami, dihayati dan dilaksanakan agar cita-cita untuk melahirkan rumahtangga yang bahagia menjadi kenyataan.



1. Mengakui dan menerima bahawa suami ialah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumahtangga
Suami telah diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri. Tiada sesiapa pun boleh menyangkal akan hal ini. Satu kurniaan Allah yang meletakkan suami bertanggungjawab menjaga, mengawal keselamatan dan kesejahteraan perjalanan hidup keluarganya di dunia dan di akhirat
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka." - (An-Nisa : 34)

2. Memberi keutamaan hak suami kerana bagi seorang isteri tiada hak yang lebih utama kepadanya selain hak suaminya.
Diriwayatkan, Aishah r.a pernah bertanya kepada Rasulullah mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh seorang isteri. Beginda menjawab, SUAMINYA. Apabila ditanya mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh suami. Baginda menjawab, ibunya. - (Hadis Riwayat Hakim).

3. Bersifat amanah, iaitu menjaga maruah diri sendiri dan menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumahtangga.
Orang yang paling hampir kepada suami adalah isteri, yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia, berkongsi atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekaligus mengugat keharmonian rumahtangga.

4. Bijaksana mentadbir harta benda suami tanpa membazirkannya.
Adakalanya naluri seorang isteri atau wanita inginkan sesuatu yang diluar kemampuan suami. Oleh yang demikian jika meminta sesuatu yang diluar kemampuan seorang suami ini tentulah akan menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam kehidupan suami.

5. Sentiasa bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur kata yang manis dan perhiasan diri zahir dan batin.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah selain isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia
keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya. -( Riwayat Ibnu Majah).
Isteri wajib mentaati perintah suaminya selagi ia tidak bertentangan dengan kehendak Islam. Tetapi sayangnya ramai di kalangan suami yang menyalahgunakan pengertian taat ini. Mereka mudah mengambil kesempatan untuk membebankan isteri dengan pelbagai hal yang tidak wajar.

6. Berusaha menambah ilmu pengetahuan dan mempertingkatkan nilai-nilai akhlak yang murni supaya sejajar dengan petunjuk yang diarahkan oleh Islam mengenai sahsiah seorang isteri yang seharusnya dipilih oleh seorang suami.
Sabda Rasulullah s.a.w. :-
"Seorang wanita itu dinikahi kerana salah satu daripada sifat-sifat utamanya; kejelitaannya, hartanya, akhlaknya dan agamanya. Hendaklah kamu memilih wanita yang memiliki agama dan akhlak, kamu akan beruntung kelak. - ( Riwayat Ahmad )

7. Mempunyai sifat redha, yakin diri serta tawakal kepada Allah untuk
menghadapi sebarang masalah dan cabaran hidup berkeluarga.

Firman Allah :
"Bergaullah dengan isteri-isteri kamu menurut cara yang wajar dan baik. Sekiranya kamu berasa tidak senang disebabkan perangai mereka, bersabarlah mungkin dalam perkara yang kamu tidak suka itu Allah menjadikan kebaikan yang banyak." - ( An-Nisa: 19)
Sungguhpun ayat ini ditujukan kepada seoran suami,, pengajaran yang terkandung di dalamnya amat perlu menjadi panduan kepada para isteri. Setiap orang hendaklah menyedari hakikat bahawa tiada seorang pun yang cukup sempurna dalam segala aspek. Oleh itu kita perlu berusaha memperbaiki dan menyelesaikannya secara hikmah dan mengikut landasan agama.
Rasulullah memberi panduan,
"Janganlah seorang suami yang mukmin membenci isteri yang mukminah disebabkan tingkah lakunya. Jika ia tidak berkenan kepada satu daripada tingkah lakunya, tentu masih ada tingkah lakunya yang lain amat disenanginya."

8. Membantu dan menolong suaminya agar menjadi anak yang sedia
berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya

Tanggungjawab seorang anak lelaki lebih berat dan lebih utama kepada kedua-dua ibubapanya. Ibubapa yang perlu perhatian dan pertolongan perlu dipikul oleh anak lelaki terutama ibubapa yang sakit dan miskin.

9. Bersedia menjadi penyokong kuat kepada perjuangan suaminya iaitu perjuangan yang tidak menyimpang dari garis-garis yang dibenarkan oleh Islam.
Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Allah memberi rahmat kepada seorang isteri yang jika ia bangun malam dan solat, ia membangunkan suaminya supaya sembahyang bersamanya. Tetapi sekiranya suaminya enggan, direnjiskan air ke muka suaminya dengan penuh kasih sayang."

10. Berusaha menjadi ibu yang baik, bertanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anaknya menjadi baik dan dapat melaksanakan hukum-hakam agama, berakhlak mulia sehingga menjadi teladan kepada orang ramai

Ini adalah sebahagian daripada sahsiah isteri yang solehah yang seharusnya ada pada setiap wanita untuk mencapai kesempurnaan hidup berkeluarga dan mendapat keredhaan Allah yang diharapkan oleh setiap suami.

Namun, solehahkah ketawa terkekek-kekek di tengah khalayak ketika berbicara dengan lelaki bukan mahram? Anda bangga dengan perbuatan itu? Inilah persoalan yang perlu kita fikirkan dan renungkan selalu.

Wednesday, April 28, 2010

Cara Mendidik Isteri



Kasih sayang antara suami isteri bukan sekadar dengan kata-kata asmara dana atau pujuk rayu. Tetapi ianya adalah lebih daripada itu.Sifat suami itu sendiri hendaklah mempunyai ciri-ciri seorang pengasih. Sekalipun jika dia seorang pemimpin. Seorang suami juga menginginkan ketaatan dari seorang isteri. Sifat malu penting kerana ianya adalah benteng keimanan seorang mukmin. Sifat malu dapat mendidik seorang isteri menjaga maruah dan harga diri daripada dijatuhkan dan direndah-rendahkan.

Bagi seorang suami, ada waktu-waktu yang tertentu apabila suami bersama isteri, hendaklah merendahkan sifat ego. Seperti mana yang dibuat oleh Rasulullah tatkala bersama Siti Aishah. Sewaktu Rasulullah dinikahkan dengan Siti Aishah, umur baginda 55 tahun manakala Siti Aishah berumur enam tahun dan mereka bersama tatkala Siti Aishah berumur sembilan tahun. Semasa melayan Siti Aishah, ada masanya Rasulullah berlagak seperti seorang kawan sepermainan. Diajak Siti Aishah berlumba lari dan adakalanya Siti Aishah menang dan adakalanya Rasulullah yang menang dalam perlumbaan tersebut. Bermakna di saat bersama isteri, adakalanya Rasulullah melayan kehendak isterinya tanpa menjatuhkan martabatnya sebagai seorang suami yang wajib dihormati oleh isteri ini. Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu suami mestilah pandai memikat hati isteri asalkan tidak sampai terlalai hingga menurut apa sahaja kemahuan isteri. Di sinilah perlunya ketegasan seorang suami. Tegas dalam syariat dan tegas dalam perjuangan. Tegas tidak bermaksud kasar atau garang cuma jangan sampai kerana hendak melayan isteri, syariat dan perjuangan diketepikan.



Sebagai seorang nakhoda kapal atau pemimpin dalam sesebuah rumahtangga, suami berhak untuk mendidik dan menyelesaikan segala kekusutan fikiran isterinya. Oleh kerana wanita seringkali bertindak mengikut perasaannya, maka adakalanya apabila fikiran terganggu maka emosinya juga turut terikut sama. Tatkala itu kalau ada kesalahan suami walaupun kecil ataupun kesalahan yang telah lama terjadi ianya akan diungkit-ungkit lebih-lebih lagilah jika kesalahan itu dianggap besar. Perasaan meluap-luap marahnya pada suami lebih ketara. Memang satu sifat yang agak sukar untuk dikawal ialah tatkala dia sedang marah. Kadang-kala amukannya ibarat ribut taufan lakunya.


Bagaimanakah tindakan suami untuk mententeramkan isteri yang sedang dilanda masalah atau ribut taufan?

Dalam hal ini, seelok-eloknya suami hendaklah berdiam diri dahulu sampai kemarahannya reda. Kemudian barulah diterangkan dengan sejelas-jelasnya setipa perkara yang perlu diterangkan terutama yang menimbulkan prasangka isteri. Mengapa suami hari bertindak sedemikan ? Kerana tatkala sedang marah, syaitan sengaja meluap-luapkan perasaan marahnya. Kalau dijawab atau tidak memenuhi tuntutannya, bererti kita sengaja mencari pasal kerana berlawan dengan syaitan. Lebih baik diamkan sahaja sehingga perasaan marahnya kendur.

Hal ini pernah berlaku di dalam rumahtangga Rasulullah. Suatu hari isteri-isteri baginda datang menemui baginda dan Siti Aishah yang mewakili mereka semua bertanya,
"Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah, yang manakah yang paling Rasulullah sayangi ?" Rasulullah tersenyum mendengar pertanyaan itu, Rasulullah tidak terus menjawabnya. Bahkan baginda menyuruh kesemua isterinya pulang dahulu dan berjanji akan memberikan jawapannya kemudian.

Bagaimanakah harus kita jawab kalau kita ditanya oleh isteri-isteri kita (bagi yang bermadu) ? Soalan ini selalu berlaku ke atas suami yang bermadu. Mungkin perasaan hati naluri seorang perempuan untuk mengetahui akan kasih-sayang dari seorang suami. Memang tidak dinafikan perasaan kasih sayang itu tidak boleh diberi sama adil. Ini diakui oleh Allah. Tetapi suami haruslah pandai memainkan peranannya supaya jangan ada dikalangan isteri-isteri yang tersinggung perasaannya kerana mengetahui suami lebih sayang kepada isteri yang lain.

Bersambung kembali kepada kisah tadi, maka seperti biasa Rasulullah mendatangi isteri-isterinya mengikut giliran masing-masing. Rasulullah sedikit pun tidak menyebut mengenai persoalan yang dikemukakan itu. Sebaliknya sebelum baginda meninggalkan isterinya, setiap seorang baginda hadiahi sebentuk cincin dan baginda berpesan agar mereka tidak memberitahu pada isteri-isteri yang lain. Pada hari yang ditetapkan Rasulullah menyuruh isteri-isterinya berkumpul kerana baginda hendak memberikan jawapan kepada persoalan yang dikemukakan.

Maka berdebar-debarlah hati masing-masing untuk mengetahui siapakah di antara mereka yang paling disayangi oleh Rasulullah. Ada yang terasa pasti jawapannya Siti Aishah lantaran beliaulah yang paling muda di antara mereka. Tetapi dengan kebijaksanaan Rasulullah, baginda pun berkata
"Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberikan cincin kepadanya. Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah kerana setiap seorang menyangka dia sahaja yang menerima cincin tersebut". Begitulah sepatutnya tindakan suami, pandai menyelesaikan kekusutan fikiran isteri.

Kebiasaan bagi kaum perempuan ialah suka berleter atau sesetengah orang akan menggunakan peribahasa macam mulut murai. Suami yang bijak akan berdiam dan tidak menjawab leteran isteri. Ini bukan bermakna suami mengalah, tetapi sebagai satu strategi. Ibarat orang yang tengah sakit gigi, gigi yang sakit terus dicabut. Tentulah akan bertambah sakitnya. Hendaklah ditunggu keadaannya menjadi kendur barulah boleh dinasihati. Dan nasihat itu mestilah kena pada tempatnya. Barulah diterima dan dirasakan seperti kepala yang disirami embun pagi pada kala panas terik. Rasulullah juga pernah berhadapan dengan kerenah seorang perempuan yang suka berleter. Rasulullah tidak menjawab sepatah kata pun. Baginda memberi peluan kepada perempuan tersebut meluahkan segala ketidakpuasan hatinya. Apabila kesemuanya telah diluahkan, barulah baginda memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.


Tidak semua suami memiliki isteri yang banyak kerenah. Beruntunglah suami yang memiliki isteri yang sikapnya terlalu pengasih terhadap suami dan anak-anak. Isteri begini rela mengorbankan seluruh jiwa dan raganya untuk kebahagian suami dan anak-anak. Dia akan bersikap sebagai penghibur, penyayang, pendorong, pemberi semangat dan sentiada berada di sisi suami dalam apa jua keadaan susah mahupun senang. Isteri begini bukan sahaja tidak membebankan suami dengan masalah-masalahnya bahkan dia akan berusaha untuk menyelesaikan masalah suaminya. Jika isteri itu tidak dapat menyelesaikan masalahnya, ia akan cuba sebaik mungkin untuk berbincang dengan suaminya walau apa cara sekalipun. Sabda Rasulullah yang bermaksud :
"Barangsiapa memiliki isteri yang solehah maka sesungguhnya ia telah memiliki separuh dari agamanya"

Rasulullah juga bersabda yang maksudnya :
"Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah"

Apabila seoran isteri dapat dididik dengan betul maka ia akan dapat memberi kebaikan kepada seluruh umat kerana di tangan wanitalah penentu corak generasi akan datang. Kelembutan dan kehalusan belaian seorang tangan wanita yang solehah akan membahagiakan seluruh isi alam.

Tuesday, April 27, 2010

Rebutlah Gelaran Isteri Solehah



Semua pasangan suami isteri mengidamkan kehidupan rumahtangga yang bahagia, tetapi persoalannya di manakah letaknya kebahagiaan rumahtangga tersebut? Adakah dengan mempunyai kekayaan dan memiliki segala-galanya, kehidupan seseorang itu sudah dianggap bahagia? Berapa banyak sebenarnya kes penceraian yang berlaku setiap tahun di kalangan mereka yang kononnya mempunyai kemewahan hidup semakin ketara? Jadi di manakah kebahagiaan itu sebenarnya?

Kita selalu mendengar "syurga di bawah tapak kaki ibu", tetapi benarkah "syurga isteri di bawah tapak kaki suami?"

Dalam hal ini, berpandukan tafsir ayat oleh Al-Sheikh Abdul Rahman bin Nashir As-Sa'di r.h. berkata: "Tugas seorang isteri adalah menunaikan ketaatan kepada Allah dan taat kepada suaminya, kerana itulah Allah berfirman: Wanita solehah adalah yang taat, iaitu taat kepada Allah SWT, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada di rumah atau di sampingnya". Iaitu taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya tidak ada, dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya. - (Taisir, Ayat 177)

Allah swt Maha Pemurah dan Penyayang ke atas hamba-hambanya. Bagi kaum wanita ada empat tiket untuk mereka masuk ke syurga, iaitu :-
i. Apabila mereka berjaya menjaga sembahyang fardhu,
ii. Puasanya di bulan Ramadhan,
iii. Ketaaatan kepada suami dan
iv. Kehormatannya.
Melalui empat perkara ini juga menyebabkan seseorang wanita itu boleh mencapai taraf solehah dan bertaqwa.

Begitu Penyayangnya Allah kepada insan yang bergelar wanita. Tetapi cuba kita renungkan kembali sejauh manakah kita telah berjaya meraih keempat-empat perkara ini dengan sebaik-baiknya. Sembahyang fardhu kebanyakannya tidak khusyuk. Semasa bersembahyang sahaja aurat ditutup tetapi selepas itu kita kembali dengan pakaian yang mendedahkan aurat. Puasa kita sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi mulut masih mengumpat. Ketaatan kepada suami dibuat sambil lewa malah suami kadangkala dijadikan seperti lembu yang diikat hidungnya dengan tali (disuruh membuat itu dan ini). Ada yang menjadi pelacur dan menjual maruahnya untuk mendapatkan wang.


Sepatutnya kita kena banyak menangisi diri yang gagal menunaikan amanah Allah itu. Rasulullah selepas di Isyrak Mikrajkan, baginda tidak henti-henti menangis kerana terlalu amat sedih dan sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya kaum wanita dan umat-umat yang disayanginya diselamatkan dari azab api neraka. Bayangkanlah, baginda saksikan bahawa di dalam neraka itu 75% adalah terdiri dari kaum Hawa. Badan-badan kita akan disambar oleh api neraka dan terbakar rentung dan akan diperbaharui lagi daging-daging tubuh lalu dibakar lagi hingga mengikut sebanyak mana dosa yang telah kita lakukan itu. Beruntunglah bagi mereka-mereka yang beramal soleh. Wanita-wanita yang solehah akan disambut oleh 'wildan-wildan'nya (suami) diiringi dan serta diperelokkan kedudukannya di dalam syurga.

Bila diceritakan mengenai peribadi wanita bertaqwa dan solehah pastilah mereka-mereka ini mendapat pendidikan agama yang secukupnya. Bila ilmu telah dipelajari lantas terus diamalkannya. Maka jadilah mereka insan-insan yang terdidik untuk mentaati segala perintah Allah dan menjauhkan segala larangannya. Orang-orang yang banyak menangis kerana takutkan neraka Allah. Orang-orang yang sanggup berkorban apa saja demi kepentingan hari akhirat. Orang-orang yang sanggup hidup susah dengan berbagai ujian dan rintangan; tidak putus asa serta selalu ingat mati demi rindunya mereka untuk melihat wajah Allah swt dan Rasulullah.

Rebutlah pangkat wanita solehah yang bertaqwa kerana ianya tidak dapat dijual beli dengan dunia ini. Malahan tarafnya jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan apa jua pangkat nilaian di dunia ini. Semua kemegahan-kemegahan dunia ini tidak kekal lama dan biasanya kalau seseorang itu telah pencen ia akan kesepian dan dilupakan.

Seorang isteri yang solehah, dia akan melayani suaminya begitu baik sekali sebab itu merupakan tuntutan yang telah diwajibkan ke atasnya untuk dilaksanakan setelah diikat dengan ikatan ijab dan kabul. Inilah perbezaannya taraf seorang isteri dengan seorang pelacur di mana dia juga memberikan layanan yang baik kepada pelanggannya. Tetapi layanannya itu atas dasar untuk mendapatkan wang. Manakala seorang isteri yang solehah setiap perkara yang dilakukan semata-mata untuk mentaati Allah, demi untuk mendapat keredhaan-Nya.

Bila suami berhajat, hendaklah segera mendapatkannya dan tinggalkan kerja-kerja yang sedang dilakukan. Hiasilah diri dengan pakaian yang menarik, bersolek dan memakai bau-bauan. Jangan bimbangkan anak-anak yang menangis ketika itu kerana para malaikat sentiasa menjaga mereka sehingga kita selesai menunaikan amanah Allah terhadap suami kita dan mereka mendoakan semoga kita dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Generasi yang bakal mengamankan dunia!

Ramai juga kaum wanita hari ini berjaya melayani suaminya dengan baik tapi bila saja suami sebut hendak kahwin seorang lagi dia mula tarik muka empat belas, hempas itu, hempas ini malah boleh jadi perang besar. inilah yang dinamakan cinta nafsu. Dia mahu dia seorang sahaja menguasai kasih sayang suami. Padanya bermadu itu suatu yang hina dan tidak mengapa kalau si suami memiliki perempuan simpanan walau sebanyak manapun.

Seorang isteri yang bertaqwa, dia tidak peduli samada hidupnya terpaksa bermadu dua, tiga atau empat sekalipun sebab itu bukan urusannya malah sebuah ketentuan dari Tuhan untuk menguji sejauh mana keikhlasannya melayani suami. Dia tidak akan ambil kisah sekiranya suaminya mengecilkan hatinya malah di hati kecilnya akan sering berkata, "Ini tugas aku dengan Allah, aku mesti laksanakan". Akhirnya tidak timbul perkelahian bila bermadu bila setiap isteri telah faham dengan kedudukannya.

Hanya isteri solehah saja yang gembira bila dimadukan sebab suaminya telah menyelamatkan seorang lagi hamba Allah bila dikahwinkan. Bila seseorang itu telah berkahwin, InsyaAllah sembahyangnya akan lebih khusyuk kerana sebagagian dari agamanya telah diselamatkan. Di samping itu berkahwin juga boleh melembutkan hati dan menenangkan fikiran.

Untuk mencapai makam isteri yang solehah dan bertaqwa bukanlah semudah yang diucapkan. Kita mesti berusaha untuk mengikis sebanyak mungkin mazmumah yang terdapat dalam diri dan selalu berharap kepada Allah supaya dimasukkan sifat-sifat mahmudah dan dibantu ketika sedang bermujahadah di dalam menghadapi berbagai ujian.

Pecahkan hati dengan banyak menangis, bukan menangis kerana sayangkan harta dunia, dan sebagainya tetapi menangislah kerana takutkan azab Allah yang sangat pedih dan selalulah berindu-rindu untuk melihat wajah Allah. Sesiapa yang merindui Allah, Allah juga akan merinduinya dan Rasullah akan memberi syafaat kepada sesiapa yang merinduinya dan mereka akan bersama-samanya di dalam syurga kelak.

Banyakkan berselawat kepada baginda. Hanya baginda saja yang diberi keistimewaan untuk mengenali umat-umatnya sedangkan nabi-nabi lain gagal berbuat demikian. Berkat umat-umatnya yang bersungguh-sungguh menjaga tujuh anggota lahirnya (mata, telinga, perut, kemaluan, mulut, kaki dan tangan) dari berbuat maksiat dan mengamalkan sungguh-sungguh lima hukum (wajib, sunat, makruh, halal dan haram) yang telah Allah tetapkan. Hanya mereka-mereka ini sajalah yang akan bercahaya-cahaya di Padang Mahsyar kelak dan dipimpin oleh Rasulullah untuk menuju ke syurga

Pahala Terakhir Seorang Isteri

Kisah benar- petikan dari majalah NUR- cahaya keinsafan.

Untuk renungan bersama… insya-Allah



Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini.

Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua… … …

… .di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami.

Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.Kami dianggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya.Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa.





Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami.Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.

Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan. Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat.Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak,bermain- main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu.



Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti ituj arang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedarsaya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak,sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut dipinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya,kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik- mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak,suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil.

Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, “Abang, Zee terlalu penat,” lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur.Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi.Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.

Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab.Sehinggala h saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali – panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital,tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami,tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya didunia ini.Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu,maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf d aripadanya.



Sabda Rasulullah s.a.w, “Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya,tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur,tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya.”

Sehingga kini,setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi.Saya akan bermunajat dan mohon keampunan daripada Allah.

Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya

Cinta Isteri Yang Solehah


"Wanita hiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita solehah.....Yang akan membahagiakan syurga,didalam rumahtangga.....Adalah wajib kita sebagai umat islam mencari wanita yang solehah untuk kebahagiaan didunia dan di akhirat......"

”Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandang (dengan penuh cinta dan kasih), maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih mesra dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran disela-sela jari tangan mereka.” - (Hadith riwayat maisaroh Ali daripada Abu said Al-Hudri)

”Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu dan berpuasa pada bulan ramadhan dan menjaga kemaluannya daripada yang haram serta taat kepada suaminya, maka dipersilakanlah masuk ke syurga dari pintu mana sahaja kamu suka.” - (Hadith Riwayat Ahmad dan Thabrani)

”Tidak dihalalkan bagi seorang isteri yang beriman kepada Allah untuk mengizinkan seseorang masuk ke rumah suaminya. Padahal suaminya tidak senang.” - (Hadith riwayat Hakim)



”Hak suami terhadap isterinya adalah isteri tidak menghalangi permintaan suaminya sekalipun semasa berada di atas punggung unta tidak berpuasa walaupun sehari kecuali dengan izinnya, kecuali puasa wajib. Jika dia tetap berbuat demikian, dia berdosa dan tidak diterima puasanya. Dia tidak boleh memberi, maka pahalanya terhadap suaminya dan dosanya untuk dirinya sendiri. Dia tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya. Jika dia berbuat demikian, maka Allah akan melakntanya dan para malaikat memarahinya kembali dan bertaubat, sekalipun suaminya itu adalah orang yang alim.” - (Hadith riwayat Abu Daud Ath-Thayalisi daripada Abdullah Umar)

”Sesungguhnya setiap isteri yang meninggal dunia yang diredhai oleh suaminya, maka dia akan masuk syurga.” - (Hadith riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

”Tidak sempurna dan lengkap seseorang mukmin kemudian daripada taqwa kepada Allah itu yang terlebih baik daripada isteri yang solehah. Apabila dipandang menyukakan hati, apabila disuruh ia taat. Dan apabila tiada suaminya ia memelihara maruah diri (kehormatannya) dan harta suaminya.” - (maksud hadith)

”Seseorang perempuan tidak menunaikan hak Allah Taala sehingga ia telah menunaikan semua hak suaminya. Jikalau dikehendaki oleh suaminya sekalipun di atas timbunan duri tidak mencegahkan dirinya.” - (Maksud hadith)

”Dunia ini perbendaharaan, dan sebaik-sebaik perbendaharaan itu ialah isteri yang salihah.” - (Maksud hadith)


Cinta Yang Terlarang


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Apabila seseorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga.”

Rasulullah memberi panduan, Janganlah seorang suami yang mukmin
membenci isteri yang mukminah disebabkan tingkah lakunya. Jika ia tidak
berkenan kepada satu daripada tingkah lakunya, tentu masih ada tingkah
lakunya yang lain amat disenanginya. - (Hadis sahih)

1. Kami tidak berzina!
- Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menhampiri zina.

2. Kami hanya bebual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum.. adakah menhampiri zina ?
- Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah penzinaan.

3. Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat kearah itu ….
- Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengenai sasaran. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula terlupa. Siapalah kita jika dibandingkan dengan Adam dan Hawa ? Iblis amat licik. Pengalaman banyak, Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasulullah: Jangan engakau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan ( H Tabrani ). Syaitan akan menghembuskan nafas berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.

4. Tidak semstinya semua orang bercinta menjurus kepada perzinaan. Ada yang hanya bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja dan tak pernah bersua pun!!
- Betul! Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat launnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis, akanmengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya??



5. Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke ?
- Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinnyatakan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya berjalan (menuju ke tempat dating) . Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman ( hari Muslim dan Abu Daud) Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada perzinaan.

6. Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!
-Berdiskusi pelajaran, betul ke ? jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba- hambaNYA. Kita belajar nak cari keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun,kalau tidak di berkati oleh Allah,kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebih lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan di tulis oleh malaikat Raqib dan Atid?

7. Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni “ study group”
- Study Group..? Nampak lain macam sahaja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua saja. Kalau ya pun, carilah study group yang ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni..betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu dihabiskan dengan fantasi cinta!

8. Tidaklah, sungguh berbincang pelajaran.
-Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia yang ada nafsu.

9. Kami sama-sama belajar,study group, saling memberi semangat dan motivasi..
- Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat,banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan,tidak terganggu,dapat berkat dan rahmat pula.

10. takkan tak ada ruang langsung dalam ISLAM untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
- Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri iti tidak wujud pada diri seseorang,tak normal namanya. Islam bukan dating membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak akan melakukan perkara yang dilakukan oleh paderi dan sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu dating tanpa dinudang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nakurinya. Jagan jadi malaikat! Kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan seisinya akan hambar tanpa naluri/ nafsu.

11. Tentu ada cinta secara Islam.
- Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku stelah ijab dan qabul; Cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan kudus. Cinta bermaruah,bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentu ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa “sesuatu” yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah S.A.W : “ Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. ( hari Ibni Majah).Cinta adalah maruah manusia, Ia terlalu mulia.


12. Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan?
-Ya. Kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan terusik. Kemudian perasaan dilayan,kemudian teringat, rindu. Kemudian di atur pertemuan, kemudian duduk berdua-duaan, kemudian mencari tempat sunyi sedikit, kemudian berbual sehingga malam gelap. Hubungan semakin akrab, dah pegang tangan, duduk semakin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam… Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan?

Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibubapa yang telah melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun.

13. Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji..
-Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauihi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang

14. Jadi manusia itu tak tahan di uji??
-Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak akan tahan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan Satu peristiwa untuk iktibar bagi manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh dimakan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan Nya, manusia tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok khuldi itu . Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi tersebut. Tetapi Allah tahu sifat kelemahan Adam dan Hawa. Jika mereka menghampiri tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina, di tegah berzina. Maka,jalan kerah penzinaan itu juga di larang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan,kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar dari pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

15. Tetapi cinta selepas kahwin banyak maslah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan untuk berkahwin.
-Bolehkah kita percaya dengan perwtakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai2 lagi. Masa cinta adalah lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk aka nada yang pujuk. Banyak orang dah kecewa kerna tertipu dengan kepribadian semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza, macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang,penyabar. Tapi bila dah kahwin,lewat lima minit dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah sesuatu kepuraaan atau hipokrit.

16. Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.
-Bagaimana di harap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hamba NYA yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapai keredhaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan berumahtangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tetntu prosesnya bukan bercinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapatkan keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung,bagaimana kesudahannya??

17. Tanya sedikit..adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke ? ganti bercinta…
- Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru,kulitnya Nampak berlainan,tetapi isinya tetap sama. Adik angkat,kakak angkat, abang angkat adalah satu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya ‘angkat’ ini sebenarnya telah masuk kedalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk di korbankan. Namakan apa sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan ke akhirnya akan bertemu dengan zina.

18. Jadi, seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?
- mengukur maruah diri bukan dengan ditentukan oleh manusia, tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk cinta akan menyatakan oaring yang sedang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga dirinya, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci itu. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah di tentukan oleh Allah.

19. Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
- Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah menggadai maruahnya kerana mereka mengahmpiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman: “ Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik. Dan peremoaun yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman” ( Surah An Nur:3) Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuia untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah ianya satu penghinaan Tuhan ??

20. Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
- Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

21. Kami telahpun berjanji sehidup semati…
-Apa ada pada janji setia cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang.

22. Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab..
- Tahukah hati budi lelaki:? Sejahat mana lelaki apabila mengambil wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok, suka berfoya-foya, lelaki biasanya memilih perempuan murahan kerana itu suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

23. Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
- tentu, mana ada lelaki yang normal suka pada barang “second hand” sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka akan menggambarkan perempaun seperti kereta yang diletakkan di show room sahaja; display only. Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula kata; sekadar sepinggan mee goring dan sgelas sirap, bawalah kehulu-hilir. Sedihkan?? Itulah hakikatnya..

24. Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini ?
- Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti,mereka ada pasangannya. Firman Allah:
“Dan orang2 lelaki yang memelihara kehormatannya serta perempaun yang memelihara kehormatannya. Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. ( Al- Ahzab: 35)

25. Bagaimana kami ?
- Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon kemapunan dari Nya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha NYA.

26. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha?
- Taubat yang murni, taubat yang sebenar-benarnya, taubat yang memenuhi 3 syarat:
a) Tinggalkanlah perbuatan maksiat. Putusakanlah hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
b) Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
c) Berazam. Bertekad didalam hati tidak bercinta lagi dengan sesiapa yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah slepas ijab qabul.

Ya Allah, hambamu telah tersesat jalan, ampunilal dosa-dosa hamba Mu ini. Sesungguhnya engkau maha pengampun dan penerima taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkanlah diriku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan ahklak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih saying. Mengapa ku curahkan kasih itu kepada orang lain. Oh Tuhan,hamba Mu berdosa.

Petikan dari Portal Komuniti : http://www.ukhwah.com/
Tarikh: Sabtu, 22 Disember 2007 @ 7:59:21
Topik: Tazkirah

Sunday, April 25, 2010

Doa Untuk Kekasih Hati



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, Syukur ke hadrat mu Ya Allah dan terima kasih kerana Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan ku dengannya.

Terima kasih untuk saat-saat indah yang boleh kami nikmati bersama
Terima kasih untuk setiap pertemuan yang boleh kami lalui dan harungi bersama
Terima kasih untuk setiap saat-saat yang lalu yang menyimpan banyak kenangan terindah
Ku datang bersujud dihadapan-Mu,
Sucikan hati ku Ya Allah, sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidup ku ini

Ya Allah, jika ku bukan pemilik tulang rusuknya,
Janganlah biarkan ku merindukan kehadirannya
Janganlah biarkan kau melabuhkan hati ku di hatinya
Kikislah pesonanya dari pelupuk mata ku....
dan usirlah dia dari relung hati ku
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni
Tolonglah daku agar dapat mengasihinya sebagai sahabat


Tetapi jika Kau ciptakan dia untuk ku, Ya Allah,
Tolong satukan hati kami.
Bantulah daku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seutuhnya
Berikan daku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan mau menerima daku
dengan segala kelebihan dan kekurangan ku sebagaimana daku telah Kau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa daku sesungguhnya amat mencintai dan rela membagi suka dan duka ku dengan dia

Ya Allah Maha Pengasih, dengarlah doa ku ini
Lepaskanlah ku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.

Allah Yang Maha Kekal, ku tahu Engkau senantiasa memberikan yang terbaik buat ku
Luka dan keraguan yang ku alami pasti ada hikmahnya
Pergumulan ini mengajar ku untuk hidup makin dekat pada-Mu, untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing ku menuju ke arah terang-Mu.
Ajarlah ku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.

Jadilah kehendak-Mu dan bukan kehendak ku yang jadi dalam setiap bagian hidup ku, Ya Allah.

Amin....

Saturday, April 24, 2010

Rumahku Syurgaku, Igauan Seorang Suami


Ikatan suami isteri merupakan janji kesetiaan cinta dan kasih yang diikrarkan melalui pernikahan. Dalam membina Rumah Idaman Syurga Impian, berteraskan rasa sayang dan bersulamkan rindu, membuai pasangan suami isteri di dalam arus gelombang rumahtangga.

Isteri Teladan adalah isteri yang mencurahkan kemesraan dan kasih sayang untuk suami dan anak-anaknya dengan ikhlas kerana ingin memperoleh keredhaanNya. Ia hadir di samping suami sebagai seorang isteri yang taat dan patuh, rindu akan kebenaran dan selalu ingin berada di samping suami untuk menyuburkan benih kasih dan sayang.

Kerelaan isteri untuk menikmati bahtera rumahtangga bersama suami dan mengandung janin keturunan mereka, merupakan pengorbanan setia dari seorang wanita solehah. Ia menghormati citarasa dan nurani suaminya serta menjadi dambaan seorang suami. Semoga buku ini menjadi bimbingan dalam mengecapi keharmonian rumahtangga

Petikan dari Novel
Rumah Idaman Syurga Impian - ISTERI TELADAN Igauan Seorang Suami
Pengarang: Habsah Md Nor

Cinta Dunia Tiada Yang Kekal


Sukarnya mendapat syurga di dunia, padahal ianya adalah jauh lebih hina daripada syurga di akhirat. Demi untuk mendapatkan nikmat kecintaan di dunia, manusia sanggup melakukan apa sahaja yang bertentangan dengan nilai-nilai islam. Hidup sebagai orang kaya mempunyai risiko menjadi lalai. Hidup miskin mendekatkan manusia dengan kekufuran. Bagi mereka orang miskin jangan menyesal dilahirkan ke dunia, kerana di situlah medan pergelutan nasib baik dan buruk

Tajdid Iman:
Bersama Dr Juanda Jaya

DUNIA sudah memperlihatkan kepada kita kekejamannya terhadap sesetengah insan yang kurang bernasib baik. Seorang kuli yang bekerja di pasar dengan bermodal tulang empat kerat terpaksa mengangkat barang beratus kilogram sehari demi mendapatkan RM20 atau RM30 untuk nafkah anak dan isteri

Seorang wanita yang bekerja membersih tandas awam pulang ke rumah hingga jauh malam semata-mata hendak mendapatkan RM500 sebulan demi anak yatimnya. Suami yang bekerja sebagai kerani terpaksa menolong isteri menjual kuih seawal jam 4 pagi semata-mata mahu memberi keselesaan hidup kepada anak mereka.

Mereka semua bukan orang yang malas seperti dianggap golongan kaya serta berkedudukan tinggi yang suka mencemuh, pantang melihat orang miskin. Boleh jadi tenaga dan kecekalan hati orang fakir jauh lebih hebat daripada keadaan orang yang lahir tidak mengenal langsung apa itu kemiskinan

Untuk berada di puncak kejayaan, ada kalanya seseorang mesti mengorbankan kebahagiaannya. Sedikit demi sedikit wang dikumpul, harta dijimatkan dan digandakan dengan usaha gigih. Selepas jangka waktu yang panjang titik peluh itu kini berbuah hasilnya


Alangkah susahnya mendapatkan syurga dunia. Padahal ia jauh lebih hina daripada syurga akhirat. Untuk memiliki sebuah rumah teres yang sempit bagi orang berpendapatan sederhana perlukan masa lima atau 10 tahun untuk mengumpul wang dan dalam tempoh itu terpaksalah berpindah-randah menyewa rumah.

Betapa berharganya wang RM1 yang dikumpul demi impian memiliki rumah sendiri. Itu pun masih harus menghabiskan saki baki hutang hingga 25 tahun lagi. Tidak hairan jika minum air kosong dan makan dengan telur mata kerbau setiap hari pun tidak mengapa demi rumah idaman.


Pernahkah kita menyelami dasar hati dan bertanya: “Mengapa untuk mendapatkan kekayaan dunia manusia sanggup berjaga sepanjang malam, bangun awal pagi, bersesak dan berebut mencari rezeki demi kenikmatan dunia yang sementara ini.”

Padahal Allah sudah menjanjikan syurganya yang lebih hebat lagi kekal selamanya tanpa perlu keletihan bekerja seharian, tanpa perlu tertekan dengan persekitaran yang kejam, tanpa perlu menjadi binatang buas yang kerjanya mengorbankan orang lain demi nafsu serakah.

Ramai yang tertekan dengan persaingan di pejabat, jatuh-menjatuhkan untuk mendapat kedudukan tinggi, bodek-membodek, tikam belakang hingga berhadapan dengan segala ego dan kesombongan melampau.

Golongan fakir pula kecut perut dikejar hutang, dengki dengan harta orang lain, putus asa dengan pendapatan yang licin habis pada tengah bulan. Betapa kita ditertawakan oleh takdir kita sendiri.

Suratan nasib anak Adam yang melakonkan segmen kehidupan cukup melelahkan. Untung atau rugi, bahaya atau aman, kaya atau miskin, pintar atau bodoh, menipu atau tertipu, zalim atau dizalimi, iman atau kufur. Semuanya atas pilihan masing-masing.

Hingga suatu masa nanti mereka yang memilih lorong gelap dalam hidupnya ternganga disentap malaikat maut. Pelik tapi benar, mereka ini sempat juga mahu merasuah dengan apa saja yang pernah dimiliki di dunia supaya boleh terselamat daripada azab Allah.

Al-Quran menceritakan yang bermaksud:
“Sedang mereka saling memandang, orang kafir ingin kalaulah dia dapat menebus
dirinya daripada azab hari itu dengan anak, isteri, saudara mara dan kaum
keluarganya yang melindunginya di dunia, dan orang di atas bumi seluruhnya
(segenap isi dunia sekalipun). Kemudian (mengharapkan) tebusan itu dapat
menyelamatkannya. Sekali-kali tidak dapat! Sesungguhnya neraka itu adalah api
yang bergolak. Yang menggelupas kulit kepala. Yang memanggil orang yang
membelakang dan yang berpaling (dari agama). Serta mengumpulkan (harta benda)
lalu menyimpannya.”-(Al-Ma’arij: 11-18)

Demi mendapatkan dunia, mereka sanggup melakukan apa saja untuk membina empayar kekayaan dan kuasa, anak dan isteri yang menjadi cahaya mata, keluarga dan hamba yang sedia menolong menjaga nama baik mereka.

Akhirnya semua itu mahu dijadikan tangkal untuk keselamatan dirinya sendiri. Jika boleh mereka dijadikan benteng bagi melindungi dirinya daripada azab Allah. Tidak hairan siapapun boleh dijadikan mangsa hatta anak dan isteri sendiri.

Jika begitu keadaannya, manusia sebenarnya sudah ditipu oleh hawa nafsunya sendiri. Semua benda yang disukai, dikejar, dikumpul, direbut daripada tangan orang lain akhirnya tidak boleh menolongnya sedikit pun pada akhirat nanti.

Kadang-kala kita berfikir jika Allah memberi segala-galanya yang kita mahu di dunia ini, adakah Dia akan memberi kepada kita juga pada akhirat nanti?

Terbit rasa takut dan risau jika membaca ayat al-Quran yang sungguh menyentap hati yang bermaksud:
“Dan (Ingatlah) hari (ketika) orang kafir dihadapkan ke neraka (kepada mereka
dikatakan): Kamu sudah menghabiskan rezekimu yang baik dalam kehidupan duniawimu
(saja) dan kamu sudah bersenang-senang menikmatinya.”-(Al-Ahqaf : 20)

Alangkah ruginya memiliki segala kemewahan dunia tetapi setakat dirasa selama 60 tahun saja. Bahkan ketika ditanya berapa lama kamu hidup di dunia? Mereka menjawab tidak lebih daripada setengah hari saja.

Hidup sebagai orang kaya mempunyai risiko menjadi lalai, begitu pula hidup miskin lagi bahaya kerana manusia boleh jadi lebih dekat kepada kekufuran. Bagi mereka orang miskin jangan menyesal dilahirkan ke dunia, kerana di situlah medan pergelutan nasib baik dan buruk.

Kita hanya disuruh memenangi perlawanan itu dengan senjata iman. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya kekayaan yang sebenar itu ialah kaya hati.”


Bermimpi untuk memilih rumah anda di syurga dengan amalan yang sederhana dan mudah dilakukan, seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidaklah salah seorang kamu mengambil wuduk kemudian memperbaiki wuduknya dan
mengerjakan sembahyang dua rakaat melainkan wajib baginya syurga.” (Hadis
riwayat Abu Daud, disahihkan oleh al-Albani). Diwajibkan masuk syurga seperti
lafaz daripada Imam Muslim.

Bagi mereka yang miskin atau kaya, yang masih bernafsu untuk menakluk dunia mencapai kemuncak kenikmatan yang fana ini, sampai bilakah jerih payah dan pengorbanan dapat memuaskan diri? Jika suruhan dan perintah Allah Yang Maha Kaya tidak dipenuhi?

Suatu ketika di negeri akhirat nanti, Allah akan menyelamatkan seorang penghuni neraka dan memasukkannya ke dalam syurga. Dia merangkak-rangkak menghampiri syurga Allah dan dialah orang terakhir memasukinya.

Kemudian Allah yang Maha Kaya berfirman yang bermaksud:
“Pergilah dan masuklah ke syurga, untukmu yang sebanding dengan dunia dan
sepuluh kali ganda.” Yang demikian itu dikatakan serendah-rendah kedudukan ahli
syurga. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Wahai pencinta dunia, tidakkah rugi menukarkan yang 10 kali ganda itu dengan apa yang kita miliki sekarang? Bukankah banyaknya nikmat Allah yang diberi untuk seluruh makhluk di dunia ini seumpama setitis air daripada jari yang dicelup ke dalam lautan? Kerana yang setitis itu manusia saling menumpahkan darah, sungguh betapa kejamnya dunia yang menipu.

Friday, April 23, 2010

Sifat-sifat Suami Yang Baik


Memetik dari kertas kerja Dasar Pembentukan Rumahtangga serta Adat-adat Yang Bercanggah tulisan Kadi Kuala Selangor, Haji Asmungi Mohd Sidek,

"Sebagai seorang gadis apabila mula memikirkan alam dewasa dan ingin menggantungkan nasib dirinya kepada lelaki melalui rumahtangga, hendaklah membuat pemilihan teliti, seeloknya pilihlah lelaki; Yang berkemampuan sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:

"Wahai permuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amatmemelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu."

Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang biasa mengikut suasana sekarang, serta pakaian untuk menutup aurat.Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalanmenyemmmpurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlakuperceraian.Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda.

Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.



Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa menajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.

Berkebolehan didalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya mumbuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.

Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk.

Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha.

Mudah memaafkan. Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.

Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit berbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup.

Hikmah Cinta


Pelita yang dapat kita pegang dan akan sentiasa menerangi biarpun dalam keadaan malam yang gelap gelita. Ianya akan tetap menerangi tempat-tempat yang tidak kesampaian seperti mana ianya menerangi tempat kita sendiri. Inilah namanya cinta kepada semua yang bernyawa.

PERASAAN CINTA pada seseorang insan adalah lumrah hidup, terutama kepada insan yang masih dalam proses berdukacita atas kehilangan orang tersayang ataupun yang sedia ada cinta, ianya tidak pernah menjadi sesuatau yang mudah kepada yang terkena tempias akannya.

Apabila pintu hati sudah terbuka, tidak perlu suasana romantis ataupun 'candle light' untuk disimbahi cahaya lilin atau berlutut sambil merenung jauh ke dalam mata pasangan untuk menyatakan rasa yang terpendam. Segala-galanya akan datang sendiri dan difahami daripada hati samaada untuk menerima ataupun sebaliknya.

Cinta, menyintai atau dicintai adalah satu lumrah atau sifat kejadian manusia. Hak untuk bercinta dan menerimacinta bergantung kepada individu itu sendiri. Jika berlandaskan agama pasti hasilnya diberkati dan sebaliknya pasti akan terhumban ke lembah kehinaan.




Cinta merupakan datu perasaan yang agung, jika cinta itu tiada lagi bererti salah satu nikmat yang Allah telah berikan telah dicabut dari hati. Ini tandanya salah satu nilai kemanusiaa dalam diri kita mulai terhakis. Ia memerlukan pengorbanan yang besar dengan keikhlasan dan kejujuran yang tinggi.

Seperti pepatah ada mengatakan, orang yang tiada perasaan cinta adalah manusia yang hilang motivasi dalamannya. Cinta seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih sayang dan kebijaksanan.

Alangkahnya bodohnya manusia yang menjadikan cinta untuk membina kesusahan di hari muka. Jika cinta dijelmakan di dalam rumahtangga, jawapannya adalah kerukunan dan kesefahaman yang berpanjanan. Cinta yang murni adalah pemangkin untuk kehidupan yang penuh kebahagiaan. Sebagaimana ianya bermula di hati, cinta seharusnya berkekalan hingga ke hujung nyawa.

Cinta yang benar-benar tulus dan ikhlas sepatutnya menjadikan pemiliknya bertambah matang, beriman dan berperibadi mulia. Jika sebaliknya anda tentulah dapat mengagak apakah maksudnya...

Andai engkau milikku.....Anita
Pasti Akulah insan yang paling bahagia di dunia ....

Thursday, April 22, 2010

Bekerja Sebagai Ibadah


ALLAH S.W.T. berfirman yang bermaksud:

“Dan katakanlah (wahai Muhamad) ! Bekerjalah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat akan apa yang kamu kerjakan”.-(Attaubah : 105)

Oleh itu semua kita wajib bekerja, temasuk suami/isteri, untuk mencapai kebahagiaan hidup kita di dunia dan juga di akhirat. Hak dan kewajiban Suami adalah untuk melindungi isteri dan anak-anaknya, menyediakan segala keperluan hidup mereka seperti rumah tempat tinggal, memberikan nafkah perbelanjaaan, mendidik dan membimbing anak isteri ke jalan yang diredhai Allah. Hak dan kewajiban isteri pula, termasuklah mentaati suami, mengurus rumahtangga, mendidik anak ke jalan yang diredhai Allah, melayan suami, menjaga maruah keluarga dan sebagainya.

Semua kerja yang dilakukan jika sekiranya diniatkan kerana mematuhi dan mengharapkan keredhaan Allah, maka jadilah ia amal soleh. Semua amal perbuatan yang kita lakukan kerana mematuhi perintah Allah adalah IBADAH.

Allah berfirman yang bermaksud:

"Sesiapa yang beramal soleh sama ada lelaki atau perempuan sedangkan ia beriman maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan ".-(Annahl : 97)



Isteri Yang Berkerja

Di zaman teknologi maklumat kini, ramai isteri yang terpaksa bekerja atas pelbagai sebab. Ada yang bekerja disebabkan untuk menanggung mak ataupun adik beradik yang masih kecil. Ada pula kerana ditinggalkan suami yang tercinta (meninggal dunia), bercerai, suami sakit dan sebagainya.

Meskipun demikian, jika kedua-dua suami isteri bekerja dan dapat menunaikan tugas masing-masing dengan baik, dan mematuhi perintah Allah dan RasulNya, dapat mencipta rumah tangga bahagia, dalam keadaan tenang dan tenteram, dan dalam hati kedua-duanya terpatri rasa cinta dan kasih sayang, saling hormat menghormati, sehingga melahirkan zuriat yang berguna untuk agama, bangsa dan negara, maka pekerjaan mereka telah mendapat barakah dan diredhai oleh Allah S.W.T, apa yang mereka kerjakan itu jika diniatkan kerana Allah menjadilah pekerjaan itu sebahagian daripada IBADAH.


Cabaran Isteri Berkerja

Sejak awal pagi lagi selalunya suami-isteri yang berkerja akan ke pejabat. Mereka pulang setelah petang, malah ada yang sampai di rumah setelah malam hari kerana kesesakan ataupun halangan lain di jalan raya. Penjagaan anak-anak pula diserahkan sepenuhnya kepada pembantu, ataupun diserahkan ke Taska ataupun Tadika.

Suami isteri tiba di rumah dalam keadaan penat, menyebabkan anak-anak kurang mendapat kasih sayang, suami tidak mendapat layanan, kesihatan isteri selalu terganggu dan pertengkaran suami-isteri menjadi lumrah. Keadaan ini bertambah parah jika berlaku penderhakaan anak-anak terhadap orang tua. Jika keadaan ini berlanjutan, ini menunjukkan kita tidak dapat mengendali hidup dengan baik. Lebih teruk lagi boleh membawa kepada keruntuhan rumahtangga. Jadi, bahagia yang dikejar semakin jauh dari kenyataan, walaupun kemewahan wang ringgit sudah tercapai.

Kita jangan lupa bahawa tujuan perkawinan ialah untuk mencipta suasana aman tenteram dan kasih sayang suami-isteri . Allah berfirman yang maksudnya:

"Dan diantara tanda yang membuktikan Kekuasaan dan RahmatNya, bahawa la menciptakan jodoh dari dirimu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan antara kamu perasaan cinta dan kasih sayang." -(Arrum : 21)

Oleh itu, kehidupan yang mesra dengan diliputi perasaan cinta dan kasih perlu terus dijaga meskipun kedua suami-isteri bekerja, kerana suasana seperti ini akan menjadi contoh teladan bagi anak-anak kita. Supaya mereka tidak mengulangi kembali penderitaan yang telah dialami kedua orang tua mereka dalam kehidupan mereka.

Kehidupan mesra yang penuh dengan kasih sayang boleh dicapai jika suami-isteri saling berkerjasama, saling tolong menolong, dengan perasaan kasih sayang. Sediakan masa yang secukupnya untuk keluarga dengan pergi berkelah misalnya. Sentiasa berbincang dan mengatasi segala kesulitan yang timbul secara bersama. Jika hal ini boleh kita ujudkan insya Allah rumah tangga bahagia dapat dipertahankan..


Kita dan Harta Milik Allah

Bekerja kuat ketika muda adalah baik sekali, sebelum badan dimamah usia. Kita perlu pandai menggunakan pendapatan yang diperoleh untuk simpanan dihari tua. Meskipun demikian kita jangan lupa, bahwa segala apa yang telah kita miliki itu adalah kepunyaan Allah s.w.t., yang dipinjamkan kepada kita. Oleh itu kita mesti pandai bersyukur atas segala nikmatNya, dan bila ditimpa musibah kita patut bersabar, dengan demikian hidup kita akan tenang, Insya Allah.

Bekerja adalah suatu kebajikan. Tolong menolong antara suami dan isteri adalah sesuatu yang dituntut oleh Allah sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertutung-tulungan pada melakukan dosa dan pencerobohan." -(Al-Maidah : 2)

Sebaliknya jika suami mampu menanggung semua keperluan hidup, dan isteri memilih bekerja dirumah sepenuh masa, maka itu adalah lebih baik. Kerana bekerja di rumah dan mendidik anak-anak untuk menjadi anak yang berguna, bukanlah pekerjaan yang mudah. Meskipun ada pembantu rumah, sudah tentu penjagaan dan didikan seorang ibu lebih daripada penjagaan dan pendidikan pembantu rumah.

Atas sebab ini, ada isteri-isteri yang mengorbankan pekerjaan mereka, demi rumah tangga. Pendidikan yang tinggi yang mereka miliki akan membantu mereka dalam membina masa depan yang cemerlang untuk anak-anak.

Nabi s.a.w. telah mengingatkan kita:

"Setiap anak yang dilahirkan adalah suci, maka kedua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, atau Nasrani atau Majusi." (H.R. Abu Ya’1a, Thabrani, dan Baihaqi)

Tujuan pendidikan Islam ialah untuk menyiapkan anak-anak kita, supaya jika mereka dewasa nanti mereka boleh melaksanakan dengan baik pekerjaan dunia dan amalan akhirat, sehingga tercipta kebahagiaan dunia dan kebahagiaan di akhirat, Untuk itu mereka perlu dididik menjadi orang yang beriman dan beramal soleh. Perlulah kepada mereka diberikan didikan keimanan, akhlak, ibadah solat, puasa, dan sebagainya, dan mereka perlu dibimbing kejalan yang diredhai Allah.

Sudah tentu mereka perlu mendapat pendidikan untuk mengerjakan berbagai Ilmu Pengetahuan keduniaan lainnya seperti berdagang, berternak, bertukang, menjadi guru, petani, semua ini meskipun kelihatan keduniaan jika sekiranya diniatkan kerana Allah jadilah ia ibadah., kerana semua ini juga perintah Allah supaya kita memakmurkan bumi ini sebagai mana firmanNya yang bermaksud:

"Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi serta menghendaki kamu memakmurkannya".-(Hud : 61)

Untuk meujudkan generasi muda harapan Ummat sedemikian rupa, maka amat diperlukan suatu keluarga bahagia, keluarga yang menjadi contoh teladan, suami-isteri yang rukun dan damai, dimana, suasana tolong menolong adalah menjadi amalan harian, suasana aman tenteram sebagaimana menjadi tujuan dan perkawinan menjadi kenyataan.

Baginda Rasulallah s.a.w. dan keluarganya adalah tempat rujukan kita yang utama. Sejarah telah membuktikan, betapa rasa cinta dan kasih sayang Nabi s.a.w. terhadap isterinya Siti Khadijah demikian pula sebaliknya. Demikian pula betapa kasih sayang anak Baginda Fatimah Azzahra terhadap ayahandanya dan suaminya adalah menjadi contoh teladan bagi kita yang sebaik-baiknya.


Kasih Sayang Terhadap Isteri

Kasih sayang Nabi s.a.w terhadap isterinya Khadijah bukan saja ketika hidup, malah sehingga Khadijah wafat, Nabi masih selalu menyebut-nyebut jasa baik Khadijah, sehingga menimbulkan rasa cemburu kepada Aisyah. Nabi s.a.w. tak dapat melupakan jasa bakti Khadijah ketika Baginda masih dalam kesusahan. Khadijah telah mengorbankan seluruh apa yang ada padanya demi untuk perjuangan menegakkan Islam. Kasih sayang Nabi kepada isterinya Khadijah bukan saja ketika masa hidup Khadijah, malah hingga wafatnya, sehingga selama hayat Khadijah Nabi s.a.w. hanya seorang saja isterinya, iaitu siti Khadijah.

Demikian pula anakanda Baginda Fatimah Azzahra, telah bekerja keras membina rumah tangga bahagia, bersama suaminya yang tercinta, sehingga pecah-pecah tangannya kerana mengisar gandum, untuk makanan sekeluarga. Pernah suaminya mengesyorkan kepada Fatimah supaya menemui ayahnya untuk meminta sekadar bantuan pembantu rumah untuk meringankan tugas harian yang dialaminya.

Meskipun begitu kasih sayang Nabi s.a.w. kepada anakandanya Fatimah, kerana Fatimah memang semenjak kecilnya ikut mengalami penderitaan yang dialami ayahandanya ketika Nabi s.a.w. mula menegak, mempertahan dan memperjuangkan Islam. Pernah ketika Nabi s.a.w. sedang sujud mendapat gangguan dari orang Quraisy, mereka meletakkan kotoran binatang dibelakang tubuh Nabi s.a.w. maka ketika itu dengan tangisan seorang anak kecil, Fatimah membuang kotoran itu dari tubuh Nabi s.a.w.

Meskipun begitu rapat hubungan antara Nabi dan Fatimah, tapi Nabi tidak memanjakan Fatimah malah Nabi s.a.w. menasihatkan Fatimah Azzahra supaya tetap bersabar atas cubaan Allah s.w.t. itu, kepada Fatimah Azzahra, nabi s.a.w. mengajarnya supaya membaca kalimah Subhannallah 33 x, Alhamdulillah 33 x, Allahu Akbar 33 x, setiap selesai solat, dan juga ketika hendak tidur dimalam hari, pesan Nabi s.a.w. telah diamalkan oleh Fatimah Azzahra, dan juga amalan ini, biasa telah diamalkan oleh ummat Islam.

Oleh kerana kesetiaan dan kasih sayang Fatimah terhadap suaminya Saidina Ali bin Abi Tbalib k.w. kita tahu selama Fatimah Azzahra masih hidup isteri Saidina Ali hanya sorang saja.


Pergaulan suami isteri

Mudah-mudahan hal ini menjadi pelajaran bagi kita Ummat Islam supaya suami sentiasa bergaul dengan isterinya dengan baik, dengan penuh kasih sayang dan kesetiaan, demikian sebaliknya demi untuk mencipta rumah tangga bahagia, sebagai contoh teladan yang telah ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. dan anakandanya Fatimah Azzahra. Kewajiban suami bergaul dengan isterinya dengan cara yang baik, sopan santun dan menghargai dan menghormati isterinya Allah berfirman yang bermaksud:

“... dan gaulilah mereka (isteri) dengan baik dan sopan, penuh pengertian dan bila ada sesuatu yang tidak kamu sukai padanya (hendaklah kamu sabar) boleh jadi kamu benci kepada sesuatu, sedangkan Allah menjadikan kebaikan yang banyak didalamnya.-( Annisa' : 19)

Amat menyedihkan pergaulan yang mesra dan penuh cinta dan kasih sayang hanya ketika belum menjadi suami-isteri. Ketika itu banyaklah kata-kata yang indah dan puja puji kita nyatakan. Akan tetapi setelah menjadi suami-isteri perasaan cinta dan kasih sayang itu semakin lama semakin pudar, masing-masing mulai melihat segala kekurangan pasangannya, yang berakhir dengan keinginan berpisah.

Amat malang jika perceraian itu dibuat secara terburu-buru, malah ada yang sampai hati hanya dengan menggunakan SMS. Meskipun perceraian itu dibenarkan, akan tetapi itu adalah jalan yang terakhir sekali perceraian itu meskipun halal tapi amat dibenci oleh Allah dan RasulNya, kerana akibatnya amatlah besar, terutama sekali terhadap anak-anak yang menjadi korban perceraian.

Jadi Islam membenarkan suami isteri bekerja asalkan pekerjaan itu sesuai untuk kedua, suami-isteri dan dalam keredhaan Allah s.w.t. Untuk itu perlulah kita menguatkan Iman kita dengan mengikut perintah Allah dan RasulNya, dan kedua-dua suami-isteri perlu menjaga kerukunan dan ketenangan, dan dapat melahirkan zuriat yang baik untuk kebahagiaan hidup sekeluarga didunia hingga ke akhirat, dan lahirlah keturunan yang berguna, untuk agama, bangsa dan negara dan berguna pula untuk Ummat seluruhnya.


Petikan dari -
KONSEP BEKERJA DALAM ISLAM : PANDANGAN ISLAM TERHADAP SUAMI ISTERI BEKERJA
Oleh Ustaz Syed Hassan

Menuju Kebahagiaan Di Dunia & Akhirat



Setiap insan inginkan hidup yang bahagia, pelbagai cara dan usaha dijalankan untuk mencapai hidup yang bahagia. Ramai orang beranggaapan bahawa kebahagian itu datangnya dari sumber luaran seperti harta kekayaan, rupa paras, keturunan, cendekiawan dan plebagai lagi.

Meskipun apa yang diinginkan itu tercapai, tetapi ramai juga yang kecewa atau hidup dalam gelisah apabila apa yang diinginkannya itu tidak tercapai. Lantas jalan mudah ialah dengan membunuh diri.

Islam begitu indah, lengkap dengan pelbagai panduan yang perlu kita ikuti dalam mencapai ketenangan dalam kehidupan ini. Maka kita perlulah mendekatkan diri kita dengan Maha Pencipta iaitu Allah S.W.T. Ini sepertimana Allah telah berfirmah yang maksudnya :

"Ketahuilah, hanya dengan berzikir kepada Allah sahajalah hati akan menjadi tenteram." - (Ar Ra'd : 28)

Allah berfirman yang maksudnya :

"iaitu orang yang berzikir kepada Allah semasa mereka berdiri atau duduk, atau dalam keadaan berbaring dan memikirkan tentang penciptaan langir dan bumi (seraya berkara) : Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia." - (Ali Imran : 191)




Kemuncak bagi kebahagian bagi orang yang beriman, iaitu kebahagian hidup di akhirat dengan nikmat syurga yang kekal abadi. Ini sepertimana firman Allah yang maksudnya :

"Dan sampaikanlah berita gembira kepada yang beriman dan berbuat baik, bahawa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya." - (Al-Baqarah : 25)

Bagi seorang muslim kebahagian yang dicari mencakupi kebahagian di dunia dan di akhirat. Dunia ini ibarat ladang ataupun kebun yang diusahakan untuk menanam pelbagai tanaman yang berguna yang boleh dinikmati di dunia dan di akhirat.

Untuk mencapai kebahagian hidup di dunia dan di akhirat, maka perlulah kita memiliki IMAN yang teguh, dan amalah yang soleh serta saling berpesan kepada kebenaran dan kesabaran.

Amal Soleh ialah perbuatan manusia yang sesuai dengan petunjuk Allah S.W.T. Amal soleh adalah kesempurnaan iman seseorang.

Menegakkan Kebenaran didunia ini banyak amal perbuatan keji dan zalim, dilakukan oleh manusia. Oleh tu perlulah ada segolongan insan yang terus berusaha untuk menegakkan kebenaran dan keadilan.

Menegakkan Kesabaran adalah dalam usaha menegakkan kebenaran maka kita akan menghadapi pelbagai halangan dan rintangan, hanya mereka yang sabar sahaja yang akan memperolehi kejayaan.

Insya-Allah kita akan mencapai kebahagian hidup di dunia dan di akhirat....amin

Permata Hati

Permata Hati

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More