This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, May 24, 2010

10 Ikatan Untuk Membina Keluarga Bahagia

Pelbagai petua, nasihat kita boleh dapati dalam internet, tidak kiralah sebanyak manapun, seikat, sekati, selambak petua, tips jika disajikan pada kita. namun kita sekadar membacanya dan sekadar ingin tahu sahaja terus untuk apakah tujuan ilmu itu dicari? Bukankah ianya akan menjadi lebih manfaat dan baik sekiranya kita mengaplikasikan ilmu tersebut di dalam menggemudi rumahtangga. Ilmu yang baik elok di manfaatkan selalu. manakala ilmu yang kurang baik dijadikan pengajaran atau sempadan bagi kita.Harmonis contohnya adalah perpaduan dari pelbagai warna karakter yang membentuk kekuatan sesebuah benda. Perpaduan inilah yang menjadikan warna apa...

Rahsia Kebahagiaan Rumahtangga

"Jangan tunduk kepada hawa nafsu, jika kamu tunduk kepadanya, ia akan mempengaruhi kamu supaya membuat maksiat dan dosa. Dan dunia ini mencari hidup berakhlak, tetapi kamu carilah hidup ketuhanan, itu lebih baik. Walaupun sedikit kamu mendapat hidup ketuhanan itu, maka ianya lebih baik dari semua amalan yang dilakukan oleh manusia dan malaikat dan Ingat...!! Selagi seseorang itu di dalam kesedaran pancainderanya, jangan sekali-kali menyebut Ana Al-Haq "Akulah yang benar" atau "Akulah tuhan", samaada lisan mahupun di dalam hati. Kerana selagi ia manusia, ia bukanlah tuhan. Jika ia menyebut perkataan itu, maka ia adalah palsu dan bid'ah" - Abu...

Mengeratkan Kasih Sayang Suami Isteri

Jangan selalu dikelirukan apabila seorang wanita disebut sebagai isteri, bukanlah untuk merendahkan taraf wanita itu. Ia adalah sebagai suatu jaminan hak supaya mereka itu dipelihara, dilindungi dan dibela dengan baik oleh seorang suami.Di dalam kehidupan rumahtangga, suami adalah tingkatan ketiga mulia setelah Allah dan rasul. Mengapa suami diletakkan ditempat yang begitu mulia ?. Jika dikaji dari sudut lahiriah sekalipun, seseorang yang bergelar "lelaki" itu memang mempunyai tanggungjawab yang berat dan besar. Selain menanggung nafkah, lelaki yang bergelar suami ini adalah jambatan untuk isteri mendapatkan redha Allah. Tanggungjawab sebagai...

Tuesday, May 18, 2010

Panduan Ke Arah Isteri Teladan

Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Umar .a., Rasulullah sallallahualaihi-wasallam bersabda : “Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan yang solehah.”Dalam sebuah hadis yang Rasulullah sallallahualaihiwasallam bersabda: “Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?” Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya diaakan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya.” (hari:Ibnu Majah)Isteri yang solehah itu selalu memerhatikan...

Thursday, May 13, 2010

Kasih Abang

Kekadang Allah menyempitkan hidup kitaSupaya kita tak hanyut dalam kesenanganKekadang Dia melapangkan dan memberi kesenanganSupaya kita tak selalu dipagut kesempitanKekadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanyaSupaya tidak bergantung kepada sesuatu selain dari-Nya!Gunakan lah kesenangan yang diberikan kepada kamu kejalan yang diredhai-N...

Tuesday, May 11, 2010

Iktibar : Balasan Untuk Isteri Solehah

Oleh NUR HIDAYAHPada satu hari, Rasulullah S.A.W. menjenguk Fatimah yang sedang menggiling tepung. Rasulullah hairan kerana ketika itu baginda melihat anaknya itu menangis lalu bertanyakan sebabnya. Kepada baginda, Fatimah mengaku dirinya menangis kerana kesibukan tugasnya sebagai seorang suri rumah. Oleh itu, Fatimah memberitahu ayahnya bahawa dia ingin memiliki seorang pembantu bagi menolongnya melaksanakan kerja di rumah.Mendengar kata-kata dan permintaan anaknya itu, Rasulullah berkata, "Sesungguhnya Allah ingin mencatatkan kebaikan, menghapuskan keburukan dan mengangkat darjatmu jika engkau menunaikan tugas-tugas seharianmu sebagai seorang...

Monday, May 10, 2010

Seungkap Kisah

Bagaimana andai selepas bertunang setelah sekian lama, dia tidak suka lagi pada kita? Suka pada orang lain”, soal Kak Raiha tiba-tiba.“Jangankan semasa bertunang kak. Orang berkahwin pun boleh pudar cintanya”.“Betul juga”.Persoalan tergantung. Tidak berjawab.Masing-masing diam. Mata memandang ke tingkap merenung titisan hujan yang lebat.Aksesori Cinta“Sememangnya rasa suka yang memutikkan cinta itu perlu. Namun, cinta sahaja tidak menjamin”, Kak Raiha memecahkan kesunyian.“Maksud akak?”.“Cinta perlukan aksesori sampingan. Rasa cinta perlu hadir dengan rasa tanggungjawab”.“Aksesori lain ialah kepercayaan”, tambah Kak Raiha lagi.Saya semakin mengerti...

Bila Hati Sudah Mati

Kisah benar utk dijadikan renungan terutama bg lelaki. Setiap yg Allah S.W.T kurniakan tak kira sempurna atau tidak pada pandangan mata kita, ia adalah anugerah, amanah yg tak terhingga nilainya. Isteri dan anak utk disayang sampai bila-bila, bukan untuk dibuang bila dah "tak berguna"..Ini cerita pasal rakan baik saya. Wife dia kena barah buah dada....dia dah mula cari spare tayar, dapat lak student ipta..muda lagi. wife dia kena buang sebelah buah ada...kawan saya ni dah geli utk bersama dengan wife nya.Bulan 12 tahun lepas kawan saya kahwin dengan 2nd wife dia yg baru umur 21 tahun.Masa cuti thaipusam hari tu, kawan saya bawa wife no.2 tinggal...

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah

Siti Nur Bahyah berkata, P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang...

Orang Ikhlas itu Tertindas ?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, tidak kira kebaikan itu dia antara keluarga, suami isteri, kawan-kawan hakikatnya kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.“Mengapa?” balas saya.“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya...

Monday, May 3, 2010

Jangan Bertasbihkan Cinta

Jangan mudah melafaz kasih,kasih itu untuk siapa..Jangan mudah melafaz sayang,sayang itu pada siapa..Jangan mudah melafaz cinta,cinta itu pada Yang Esa,Cintakan bunga,bungakan layu..cintakan manusia kan pergi.Isteri disimbah asid! Suami yang dikahwini atas dasar cinta rupa-rupanya pendera. Ini cerita lama dalam versi baru (dulu ada cerita suami disimbah asid). Semua ini mengingatkan saya pada perbualan dengan seorang wanita suatu ketika dahulu.“Entah kenapa, tiba-tiba dia jadi begini. Sepanjang tiga tahun kami bercinta, tidak pula dia menunjukkan sebarang tanda-tanda yang dia panas baran. Semuanya baik dan lembut belaka. Tapi tak sampai lima...

Alam Kubur dan kematian

MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah S.W.T dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.Setiap yang bernyawa tetap akan mati, begitulah juga manusia yang asal usulnya dijadikan daripada tanah, maka kepada tanahlah juga ianya akan dikembalikan. Setiap manusia itu telah mempunyai ketentuan ajal masing-masing. apabila kematian seseorang itu telah ditentukan, maka ajal itu pasti akan tiba, tidak terkemudian atau terdahulu dari tarikh yang ditetapkan. Itulah ketentuan...

Dosa Berulam Pahala

Ibnu Kathir Rahimahullah di dalam Tafsir Quranul "Azim semasa menafsirkan ayat di atas menyebut bahawa perintah tersebut tidaklah hanya terbatas kepada isteri-isteri nabi bahkan kepada semua wanita- wanita muslimah. Apa yang dimaksudkan dengan lembut manja itu ialah sengaja melembutkan suara apabila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Termasuk juga di dalam perintah ini ialah para lelaki semasa berbicara dengan wanita-wanita yang bukan mahram."Petikan dari email yang diterima sepertimana yang dikongsi bersama Ustaz Saif :Sesungguhnya saya gusar malam ini. Saya telah menerima email dari seorang muslimah dan saya menggunakan istilah muslimah...

Pages 81234 »

Permata Hati

Permata Hati

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More