This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, April 29, 2010

Ciri-ciri Isteri Solehah

Setiap wanita yang bergelar isteri mengimpikan menjadi seorang isteri yang solehah. Isteri yang baik akan mudah melahirkan rumahtangga yang bahagia dan begitu juga bagi isteri yang tidak memahami akan tanggungjawabnya sudah pasti akan lahirlah rumahtangga yang kucar-kacir.Rumahtangga yang bahagia lahirnya daripada isteri yang soleh, jiran yang baik dan kawan yang sentiasa mengingatkan dosa pahala dan mengajak ke arah kebaikan. Wanita juga adalah penentu buruk baik sesebuah masyarakat. Masyarakat yang baik lahir dari rumahtangga dan keluarga yang bahagia.Sifat yang telah dianugerahkan Allah kepada wanita dengan kehalusan yang amat bersesuian sekali...

Wednesday, April 28, 2010

Cara Mendidik Isteri

Kasih sayang antara suami isteri bukan sekadar dengan kata-kata asmara dana atau pujuk rayu. Tetapi ianya adalah lebih daripada itu.Sifat suami itu sendiri hendaklah mempunyai ciri-ciri seorang pengasih. Sekalipun jika dia seorang pemimpin. Seorang suami juga menginginkan ketaatan dari seorang isteri. Sifat malu penting kerana ianya adalah benteng keimanan seorang mukmin. Sifat malu dapat mendidik seorang isteri menjaga maruah dan harga diri daripada dijatuhkan dan direndah-rendahkan.Bagi seorang suami, ada waktu-waktu yang tertentu apabila suami bersama isteri, hendaklah merendahkan sifat ego. Seperti mana yang dibuat oleh Rasulullah tatkala...

Tuesday, April 27, 2010

Rebutlah Gelaran Isteri Solehah

Semua pasangan suami isteri mengidamkan kehidupan rumahtangga yang bahagia, tetapi persoalannya di manakah letaknya kebahagiaan rumahtangga tersebut? Adakah dengan mempunyai kekayaan dan memiliki segala-galanya, kehidupan seseorang itu sudah dianggap bahagia? Berapa banyak sebenarnya kes penceraian yang berlaku setiap tahun di kalangan mereka yang kononnya mempunyai kemewahan hidup semakin ketara? Jadi di manakah kebahagiaan itu sebenarnya?Kita selalu mendengar "syurga di bawah tapak kaki ibu", tetapi benarkah "syurga isteri di bawah tapak kaki suami?"Dalam hal ini, berpandukan tafsir ayat oleh Al-Sheikh Abdul Rahman bin Nashir As-Sa'di r.h....

Pahala Terakhir Seorang Isteri

Kisah benar- petikan dari majalah NUR- cahaya keinsafan. Untuk renungan bersama… insya-AllahPeristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini.Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua… … …… .di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya...

Cinta Isteri Yang Solehah

"Wanita hiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita solehah.....Yang akan membahagiakan syurga,didalam rumahtangga.....Adalah wajib kita sebagai umat islam mencari wanita yang solehah untuk kebahagiaan didunia dan di akhirat......"”Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandang (dengan penuh cinta dan kasih), maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih mesra dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran disela-sela jari tangan mereka.” - (Hadith riwayat maisaroh Ali daripada Abu said Al-Hudri)”Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu dan berpuasa pada bulan...

Cinta Yang Terlarang

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Apabila seseorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga.” Rasulullah memberi panduan, Janganlah seorang suami yang mukminmembenci isteri yang mukminah disebabkan tingkah lakunya. Jika ia tidakberkenan kepada satu daripada tingkah lakunya, tentu masih ada tingkahlakunya yang lain amat disenanginya. - (Hadis sahih)1. Kami tidak berzina!- Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menhampiri zina.2. Kami hanya bebual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum.. adakah menhampiri zina ?- Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah penzinaan.3. Kami...

Sunday, April 25, 2010

Doa Untuk Kekasih Hati

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, Syukur ke hadrat mu Ya Allah dan terima kasih kerana Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan ku dengannya.Terima kasih untuk saat-saat indah yang boleh kami nikmati bersamaTerima kasih untuk setiap pertemuan yang boleh kami lalui dan harungi bersamaTerima kasih untuk setiap saat-saat yang lalu yang menyimpan banyak kenangan terindahKu datang bersujud dihadapan-Mu,Sucikan hati ku Ya Allah, sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidup ku iniYa Allah, jika ku bukan pemilik tulang rusuknya,Janganlah biarkan ku merindukan kehadirannyaJanganlah biarkan kau melabuhkan...

Saturday, April 24, 2010

Rumahku Syurgaku, Igauan Seorang Suami

Ikatan suami isteri merupakan janji kesetiaan cinta dan kasih yang diikrarkan melalui pernikahan. Dalam membina Rumah Idaman Syurga Impian, berteraskan rasa sayang dan bersulamkan rindu, membuai pasangan suami isteri di dalam arus gelombang rumahtangga.Isteri Teladan adalah isteri yang mencurahkan kemesraan dan kasih sayang untuk suami dan anak-anaknya dengan ikhlas kerana ingin memperoleh keredhaanNya. Ia hadir di samping suami sebagai seorang isteri yang taat dan patuh, rindu akan kebenaran dan selalu ingin berada di samping suami untuk menyuburkan benih kasih dan sayang. Kerelaan isteri untuk menikmati bahtera rumahtangga bersama suami dan...

Cinta Dunia Tiada Yang Kekal

Sukarnya mendapat syurga di dunia, padahal ianya adalah jauh lebih hina daripada syurga di akhirat. Demi untuk mendapatkan nikmat kecintaan di dunia, manusia sanggup melakukan apa sahaja yang bertentangan dengan nilai-nilai islam. Hidup sebagai orang kaya mempunyai risiko menjadi lalai. Hidup miskin mendekatkan manusia dengan kekufuran. Bagi mereka orang miskin jangan menyesal dilahirkan ke dunia, kerana di situlah medan pergelutan nasib baik dan burukTajdid Iman:Bersama Dr Juanda JayaDUNIA sudah memperlihatkan kepada kita kekejamannya terhadap sesetengah insan yang kurang bernasib baik. Seorang kuli yang bekerja di pasar dengan bermodal tulang...

Friday, April 23, 2010

Sifat-sifat Suami Yang Baik

Memetik dari kertas kerja Dasar Pembentukan Rumahtangga serta Adat-adat Yang Bercanggah tulisan Kadi Kuala Selangor, Haji Asmungi Mohd Sidek, "Sebagai seorang gadis apabila mula memikirkan alam dewasa dan ingin menggantungkan nasib dirinya kepada lelaki melalui rumahtangga, hendaklah membuat pemilihan teliti, seeloknya pilihlah lelaki; Yang berkemampuan sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:"Wahai permuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amatmemelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka...

Hikmah Cinta

Pelita yang dapat kita pegang dan akan sentiasa menerangi biarpun dalam keadaan malam yang gelap gelita. Ianya akan tetap menerangi tempat-tempat yang tidak kesampaian seperti mana ianya menerangi tempat kita sendiri. Inilah namanya cinta kepada semua yang bernyawa.PERASAAN CINTA pada seseorang insan adalah lumrah hidup, terutama kepada insan yang masih dalam proses berdukacita atas kehilangan orang tersayang ataupun yang sedia ada cinta, ianya tidak pernah menjadi sesuatau yang mudah kepada yang terkena tempias akannya.Apabila pintu hati sudah terbuka, tidak perlu suasana romantis ataupun 'candle light' untuk disimbahi cahaya lilin atau berlutut...

Thursday, April 22, 2010

Bekerja Sebagai Ibadah

ALLAH S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Dan katakanlah (wahai Muhamad) ! Bekerjalah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat akan apa yang kamu kerjakan”.-(Attaubah : 105) Oleh itu semua kita wajib bekerja, temasuk suami/isteri, untuk mencapai kebahagiaan hidup kita di dunia dan juga di akhirat. Hak dan kewajiban Suami adalah untuk melindungi isteri dan anak-anaknya, menyediakan segala keperluan hidup mereka seperti rumah tempat tinggal, memberikan nafkah perbelanjaaan, mendidik dan membimbing anak isteri ke jalan yang diredhai Allah. Hak dan kewajiban isteri pula, termasuklah mentaati suami, mengurus rumahtangga,...

Menuju Kebahagiaan Di Dunia & Akhirat

Setiap insan inginkan hidup yang bahagia, pelbagai cara dan usaha dijalankan untuk mencapai hidup yang bahagia. Ramai orang beranggaapan bahawa kebahagian itu datangnya dari sumber luaran seperti harta kekayaan, rupa paras, keturunan, cendekiawan dan plebagai lagi.Meskipun apa yang diinginkan itu tercapai, tetapi ramai juga yang kecewa atau hidup dalam gelisah apabila apa yang diinginkannya itu tidak tercapai. Lantas jalan mudah ialah dengan membunuh diri.Islam begitu indah, lengkap dengan pelbagai panduan yang perlu kita ikuti dalam mencapai ketenangan dalam kehidupan ini. Maka kita perlulah mendekatkan diri kita dengan Maha Pencipta iaitu Allah...

Pages 81234 »

Permata Hati

Permata Hati

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More