Wednesday, April 28, 2010

Cara Mendidik Isteri



Kasih sayang antara suami isteri bukan sekadar dengan kata-kata asmara dana atau pujuk rayu. Tetapi ianya adalah lebih daripada itu.Sifat suami itu sendiri hendaklah mempunyai ciri-ciri seorang pengasih. Sekalipun jika dia seorang pemimpin. Seorang suami juga menginginkan ketaatan dari seorang isteri. Sifat malu penting kerana ianya adalah benteng keimanan seorang mukmin. Sifat malu dapat mendidik seorang isteri menjaga maruah dan harga diri daripada dijatuhkan dan direndah-rendahkan.

Bagi seorang suami, ada waktu-waktu yang tertentu apabila suami bersama isteri, hendaklah merendahkan sifat ego. Seperti mana yang dibuat oleh Rasulullah tatkala bersama Siti Aishah. Sewaktu Rasulullah dinikahkan dengan Siti Aishah, umur baginda 55 tahun manakala Siti Aishah berumur enam tahun dan mereka bersama tatkala Siti Aishah berumur sembilan tahun. Semasa melayan Siti Aishah, ada masanya Rasulullah berlagak seperti seorang kawan sepermainan. Diajak Siti Aishah berlumba lari dan adakalanya Siti Aishah menang dan adakalanya Rasulullah yang menang dalam perlumbaan tersebut. Bermakna di saat bersama isteri, adakalanya Rasulullah melayan kehendak isterinya tanpa menjatuhkan martabatnya sebagai seorang suami yang wajib dihormati oleh isteri ini. Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu suami mestilah pandai memikat hati isteri asalkan tidak sampai terlalai hingga menurut apa sahaja kemahuan isteri. Di sinilah perlunya ketegasan seorang suami. Tegas dalam syariat dan tegas dalam perjuangan. Tegas tidak bermaksud kasar atau garang cuma jangan sampai kerana hendak melayan isteri, syariat dan perjuangan diketepikan.



Sebagai seorang nakhoda kapal atau pemimpin dalam sesebuah rumahtangga, suami berhak untuk mendidik dan menyelesaikan segala kekusutan fikiran isterinya. Oleh kerana wanita seringkali bertindak mengikut perasaannya, maka adakalanya apabila fikiran terganggu maka emosinya juga turut terikut sama. Tatkala itu kalau ada kesalahan suami walaupun kecil ataupun kesalahan yang telah lama terjadi ianya akan diungkit-ungkit lebih-lebih lagilah jika kesalahan itu dianggap besar. Perasaan meluap-luap marahnya pada suami lebih ketara. Memang satu sifat yang agak sukar untuk dikawal ialah tatkala dia sedang marah. Kadang-kala amukannya ibarat ribut taufan lakunya.


Bagaimanakah tindakan suami untuk mententeramkan isteri yang sedang dilanda masalah atau ribut taufan?

Dalam hal ini, seelok-eloknya suami hendaklah berdiam diri dahulu sampai kemarahannya reda. Kemudian barulah diterangkan dengan sejelas-jelasnya setipa perkara yang perlu diterangkan terutama yang menimbulkan prasangka isteri. Mengapa suami hari bertindak sedemikan ? Kerana tatkala sedang marah, syaitan sengaja meluap-luapkan perasaan marahnya. Kalau dijawab atau tidak memenuhi tuntutannya, bererti kita sengaja mencari pasal kerana berlawan dengan syaitan. Lebih baik diamkan sahaja sehingga perasaan marahnya kendur.

Hal ini pernah berlaku di dalam rumahtangga Rasulullah. Suatu hari isteri-isteri baginda datang menemui baginda dan Siti Aishah yang mewakili mereka semua bertanya,
"Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah, yang manakah yang paling Rasulullah sayangi ?" Rasulullah tersenyum mendengar pertanyaan itu, Rasulullah tidak terus menjawabnya. Bahkan baginda menyuruh kesemua isterinya pulang dahulu dan berjanji akan memberikan jawapannya kemudian.

Bagaimanakah harus kita jawab kalau kita ditanya oleh isteri-isteri kita (bagi yang bermadu) ? Soalan ini selalu berlaku ke atas suami yang bermadu. Mungkin perasaan hati naluri seorang perempuan untuk mengetahui akan kasih-sayang dari seorang suami. Memang tidak dinafikan perasaan kasih sayang itu tidak boleh diberi sama adil. Ini diakui oleh Allah. Tetapi suami haruslah pandai memainkan peranannya supaya jangan ada dikalangan isteri-isteri yang tersinggung perasaannya kerana mengetahui suami lebih sayang kepada isteri yang lain.

Bersambung kembali kepada kisah tadi, maka seperti biasa Rasulullah mendatangi isteri-isterinya mengikut giliran masing-masing. Rasulullah sedikit pun tidak menyebut mengenai persoalan yang dikemukakan itu. Sebaliknya sebelum baginda meninggalkan isterinya, setiap seorang baginda hadiahi sebentuk cincin dan baginda berpesan agar mereka tidak memberitahu pada isteri-isteri yang lain. Pada hari yang ditetapkan Rasulullah menyuruh isteri-isterinya berkumpul kerana baginda hendak memberikan jawapan kepada persoalan yang dikemukakan.

Maka berdebar-debarlah hati masing-masing untuk mengetahui siapakah di antara mereka yang paling disayangi oleh Rasulullah. Ada yang terasa pasti jawapannya Siti Aishah lantaran beliaulah yang paling muda di antara mereka. Tetapi dengan kebijaksanaan Rasulullah, baginda pun berkata
"Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberikan cincin kepadanya. Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah kerana setiap seorang menyangka dia sahaja yang menerima cincin tersebut". Begitulah sepatutnya tindakan suami, pandai menyelesaikan kekusutan fikiran isteri.

Kebiasaan bagi kaum perempuan ialah suka berleter atau sesetengah orang akan menggunakan peribahasa macam mulut murai. Suami yang bijak akan berdiam dan tidak menjawab leteran isteri. Ini bukan bermakna suami mengalah, tetapi sebagai satu strategi. Ibarat orang yang tengah sakit gigi, gigi yang sakit terus dicabut. Tentulah akan bertambah sakitnya. Hendaklah ditunggu keadaannya menjadi kendur barulah boleh dinasihati. Dan nasihat itu mestilah kena pada tempatnya. Barulah diterima dan dirasakan seperti kepala yang disirami embun pagi pada kala panas terik. Rasulullah juga pernah berhadapan dengan kerenah seorang perempuan yang suka berleter. Rasulullah tidak menjawab sepatah kata pun. Baginda memberi peluan kepada perempuan tersebut meluahkan segala ketidakpuasan hatinya. Apabila kesemuanya telah diluahkan, barulah baginda memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.


Tidak semua suami memiliki isteri yang banyak kerenah. Beruntunglah suami yang memiliki isteri yang sikapnya terlalu pengasih terhadap suami dan anak-anak. Isteri begini rela mengorbankan seluruh jiwa dan raganya untuk kebahagian suami dan anak-anak. Dia akan bersikap sebagai penghibur, penyayang, pendorong, pemberi semangat dan sentiada berada di sisi suami dalam apa jua keadaan susah mahupun senang. Isteri begini bukan sahaja tidak membebankan suami dengan masalah-masalahnya bahkan dia akan berusaha untuk menyelesaikan masalah suaminya. Jika isteri itu tidak dapat menyelesaikan masalahnya, ia akan cuba sebaik mungkin untuk berbincang dengan suaminya walau apa cara sekalipun. Sabda Rasulullah yang bermaksud :
"Barangsiapa memiliki isteri yang solehah maka sesungguhnya ia telah memiliki separuh dari agamanya"

Rasulullah juga bersabda yang maksudnya :
"Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah"

Apabila seoran isteri dapat dididik dengan betul maka ia akan dapat memberi kebaikan kepada seluruh umat kerana di tangan wanitalah penentu corak generasi akan datang. Kelembutan dan kehalusan belaian seorang tangan wanita yang solehah akan membahagiakan seluruh isi alam.

0 comments:

Post a Comment

Permata Hati

Permata Hati

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More